? ??????????????Super Bling? ????? ?? ???Rating: 3.9 (15 Ratings)??22 Grabs Today. 1391 Total Grabs. ?????
?Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????String of Bling? ????? ?? ???Rating: 3.2 (42 Ratings)??18 Grabs Today. 3563 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, May 22, 2010

Yahooooo.....Langkawi

Alhamdulillah....akhirnya impian ayu terlaksana juga. semalam (21/5/2010), ayu telah menjejakkan kaki di bumi Langkawi.
Mesti semua hairan....kenapa la ayu nak sgt pi langkawi ni...
Sebelum kawen lagi nak sangat pi...hubby dah janjia tp tak bw pi pun...dah 8 tahun kawen...
Tapi hubby baik sangat...walau tak bw pi langkawi dia dahpun bawa ayu terbang ke Korea Selatan, Mekkah Madinah dan Beijing bersama TAIPAN 181. Terima kasih Abang...sayang...muah...

Hubby ayu yang hensem itu...telahpun menunaikan hasrat ayu bila kami dapat pi semlm bersama-sama rakan kongsi SM Ima dan juga baby Atikah. Pi mengembangkan bisnes sambil-sambil tu meluaskan pemandangan.

Alhamdulillah TT baru kami, habsah & suami memang bersemangat orangnya...pasti impian kalian berdua akan menjadi kenyataan kerana peluang yg ditujukkan telah anda rebut. Kami dan Taipan akan membimbing anda berdua dan kita tawan sesungguhnya bumi langkawi nanti.

Terima kasih juga kepada CDM Nuri dan rakan2, kerana mengizinkan kami untuk turut sama semasa Biz Talk di sana.

Insyallah bersua lagi kita di lain hari.

p/s : nak tengok gambar masuk hubby punya blog : www.taipan181penang.blogspot.com

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu




Ibu....ibu
Engkaulah ratu hatiku....
Bila ku berduka...
Engkau hiburkan selalu....

Ibu....ibu....
Engkaulah ratu hatiku....


Selamat Hari Ibu...kepada semua yang bergelar emak, ibu, ummi, mummy, mama, mom & apa jua panggilan.

Ditujukan khas buat Emak, Rohana Jamal di Melaka.....jasa, kasih sayang, pengorbanan emak tak dapat angah balas. Moga emak dilimpahkan kesejahteraan oleh Allah SWT. Angah sayang emak.

Buat Mak Mertua, Sitti Najeeah, syukur teramat sangat, ayu dikurniakan mak mertua yang cukup baik.

Buat along, ateh, kak ina kita sama pasti akan jadi ibu yang baik untuk zuriat kita.

Sedihla....bila mengenangkan pengorbanan ibu bermula daripada saat melahirkan.

Sayangilah ibu anda....

Friday, May 7, 2010

Syukur Alhamdulillah



Rezeki datang dalam pelbagai cara. Alhamdulillah setelah sekian lama menanti akhirnya.......

Memang rasa tak sedap badan....tgahari terus pi jumpa Dr. Rosnah, Klinik Penawar. Rasa macam nak demam. Agaknya doktor memang dah kerja dia, dapat agak dah. Terus dia buat ultra sound. Belek pi belek mai, Dr. kata "hah....yang bulat tu apa?... tu baby awak la tu...."

Terus rasa macam tak percaya.... ayu ni mimpi ke? Dr. cek tgk dah 5 minggu dah... sangat tak percaya coz....sepanjang 5 minggu ni ayu berdiet sakan, pi jogging la, senaman mcm nak rak. Seminggu tururn sekilo. memang loose weight.

Tu namanya rezeki. Alhamdulillah, zuriat dlm perut ni cukup kuat menahan segala dugaan yang datang kerana dialah JUARA..............

Wednesday, May 5, 2010

Tahniah....dah genap setahun di sini

Hari ni rasa tak berapa sihat, rasa pening-pening. tak larat banyak kerja kat ofis. Biasala kerja kat ofis tak pernah yang habis. Apapun tugas akan tetap dilakukan dengan penuh rasa ikhlas. Insyallah.

Balik mcm biasa ambil 2 hero kat sekolah masing-masing. Relax sat rumah, sampai la hingga ke saat post ini di tulis, here i am....di Safira Club.

Semangat luar biasa masuk dalam diri....sebut je pasal Taipan terus serap masuk semangat2 CDM hebat. Malam ni macam biasa biz talk taipan yang tak pernah miss buat di sini. Bulan 5 genap 1 tahun Taipan buat talk di safira. Sambutan cukup luar biasa setiap kali hari rabu. Macam biasa la, MC bertukar-tukar tapi 2 CDM hebat ini take part, siapa lagi kalau bukan CDM Fitri & CDM Che Mat.

MC malam ni DDM Zana, leader acuan Taipan yang cukup hebat. Hebat bersama group di bumi Baling, Kedah. Tahniah.... tahun ini pasti zana bergelar CDM. HEBAT.

So sesiapa kat luar sana, jom join Taipan untuk masa depan yang lebih cemerlang.

Jumpa lagi.

Monday, May 3, 2010

Salam Perkenalan

Sahabat....

Setelah sekian lama nak buat blog, akhirnya tercapai juga niat di hati. Asyik dok tengok hubby je update blog, ayu ni bila lagi.

Latar Belakang :
Asal melaka ye....buah hati pengarang jantung kepada Mak Onah & Pak Lib. Mendapat pendidikan yang cukup sempurna di Sekolah Merlimau Satu dan Sekolah Menengah Dang Anum. Lanjut sehingga ke Kolej Yayasan Melaka lalu terjatuh hati pada hubby yang kebetulan kami berdua dinobatkan sebagai King and Queen of the Night. (what a sweet memories).

Kahwin dan dibawa lari ke penang. La ni cheq dah dekat 8 tahun kat penang na...
Ditambah pula dengan kelahiran cinta hati kami berdua Mohamad Arfan & Mohamad Arzan.

La...ayu kerja kat PDC lebih 4 tahun dah (makan gaji ye). Sambil-sambil tu menjadi rakan kongsi kepada hubby dalam Hai-O dengan Taipan 181....Bersama dan Bersatu....
yang ini biznezzzz baik punye....